Instagram

Andai Aku Pergi Dulu Sebelum Mu :')






Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakathu Saudara Saudari SeAgama Saya :)
Tadi tengah bosan, saje tengok-ii blogg orang yang dah berpengalaman ni. Terjumpa pulak satu topik yang membuatkan air mata saya mengalir :') 

________________________________________________________________________

Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi, samada ibu, ayah, suami, isteri, anak-anak atau siapa-ii yang rapat dengan kita. Pasti kita akan terpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti akan datang. Itu janji kita sejak kecik. Sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan KEMATIAN. 
Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi kita atau mereka yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita adalah kita yang akan meninggalkan mereka. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian kerana ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan. Ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, padaNya segala takdir.
Kekadang masih tidak puas bermanja dengan ayah dan ibu. Tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh dipanggil ibu dan ayah. Insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah !
Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian, ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah S.A.W Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian ? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan ? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.
Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi pengembala kambong. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagian, lalu dia menyendiri di dalam gua. Jila tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari untuk menyendiri.
Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira'. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah ! Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.
Namun tidak lama, di tahun dukacita itu, Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan - pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi. Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda dukacita. Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula pergi. Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.

Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jailiaj boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindingan. Tanpa dorongan, tanpa perlindingan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.
Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan pula puteri=puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum. Sunbhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini.
Ya, saudara-saudaraku. Untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad ? Ya, jangan berganting kepasa selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian ibubapa, suami, isteri, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.  
Jika kita kematian orang yang tersayang, kita kenangilah hidup Rasulullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berasa di sisi, baginda sudag bersedua, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak. Baginda pula yang akan pergi.
Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggaklan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, 'rafiqil a'la, rafiqil a'la - teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggil(Allah).' Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah, untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di darah tinggi !  
_________________________________________________________________________________
Ya Allah, kawan-ii. Tabahnya Rasulullah menjalani hidup baginda walaupun ramai yang telah meninggalkan baginda. Jadi, selagi kita masih hidup ini marilah berubah ke arah kebaikan. Jadilah manusia yang taat pada Allah. Buat apa yang di suruh dan Tinggal apa yang di larang.
Alangg-alangg awak semua dah baca, jika sesiapa yang mengenali saya, saya ingin meminta maaf sekiranya ada apa-apa kesilapan yang pernah dilakukan. Harap dimaafkan. Doakan saya. Terima kasih :) Jika saya di takdirkan pergi dulu dari awak, doakan saya ditempatkan bersama-sama orang yang Beriman ya :') Amin.